"Saya dah nak tunang akhir tahun ni"..
Iskkk.. suke nyer die.Ada pulak pix mesra berdua dengan teman wanita. Memang sah dah angau teddy ni. Myself ucap tahniah n ucap kutuk kutuk sikit gak la..ala manis manis pahit macam kopi ais..kick bajet wehhh.Biasa lah saje nak manjer manjer dengan teman tuh.Lama tak tegur die.Merajuk punye hal..plsss rahsia k.Apa pun myself bagi ayat ayat manjer ni istimewa untuk teddybear..
Congrate yer n be gud hubby n doakan yang terbaik dari yang terbaik.
miss u.
“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu,
dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu,
dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Islam Itu Indah.Islam amat menitik beratkan maruah peribadi seseorang . Dalam maqasid syariah, maruah, keturunan atau zuriat berada pada tangga keempat selepas Agama, Nyawa dan Akal. Selepas maruah, disusuri pula dengan harta.
Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan kerana pertunangan itu bukanlah suatu ikatan mutlak dan kekal sebagaimana perkahwinan. Ia merupakan perjanjian awal kepada suatu ikatan yang menghalalkan hubungan. Justeru, dalam pertunangan adab-adab sebagai orang asing tetaplah harus dijaga. Walau bagaimanapun, disana ada sedikit kelonggaran berhubung dalam beberapa hal seperti berurusan membincangkan majlis perkahwinan akan datang dan sebagainya.
Oleh kerana ikatan pertunangan itu bukan merupakan suatu yang pasti, justeru Islam memelihara maruah pasangan-pasangan ini agar ia tidak menjadi buah mulut orang tatkala ikatan yang cuba dibina itu terputus ditengah jalan. Lebih-lebih lagi maruah si anak dara, teramat perlu dijaga kerana ia bakal disunting oleh si kumbang yang lain pula. Bayangkan jika berita terputus pertunangan ini tersebar ke merata tempat. Bagaimana perasaan dan kecurigaan yang bakal timbul kepada si kumbang baru yang ingin melamar si bunga yang telah disebut ramai akan peristiwa luka yang kadangnya bukan merupakan kesilapannya.
Sungguh indah Islam ini, menjaga dan memelihara pelbagai aspek dalam kehidupan. Hatta suatu yang akan datang, telah diambil langkah berjaga-jaga diperingkat awal lagi.
Usah diwarkan-warkan pertunangan itu kepada orang ramai. Yang dimaksudkan merahsiakan pertunangan itu adalah dengan merahsiakan peribadi insan yang diikatkan tali pertunangan tersebut. Jangan disalah tafsirkan pula kerahsiaan tersebut dengan tujuan ingin mengambil hati dan membiarkan orang lain menaruh perasaan kepada diri. Jika sudah berpunya, katakan sudah berpunya.
Ikhlaskan niat dihati, moga Allah memelihara kita semua dan menunjuki yang terbaik buat diri kita ini..
ni copypaste.
ntah ambik kat mane tah..xingat la.