Tika menghayati perasaan dan keinginan beberapa teman di laman maya. Rasa terkilan dan terkesima memikirkan. Naluri keinginan masing masing yang berbeza dan mengasyikkan. Sifat manusia memang kurang sempurna namun Allah berikan akal untuk bekalan kita menempuh dugaan dunia yang semakin hampir ke penghujung keujudannya. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk.
“Kamu ingatlah Aku nescaya Aku mengingatimu.”
”Orang yang pintar ialah dia yang sentiasa menghisab dirinya (mengenai amalan-amalan hidupnya) dan terus berusaha bagi akhiratnya. Orang yang jahil ialah dia yang membiarkan hawa nafsu menguasainya, mengharapkan bahawa segala harapannya akan terpenuh.” (Nuzhah)
Ya Rabb, terimalah hambamu ini menjadi tetamumu, permudahkan lah urusanku ke sana, sesungguhnya kasih, rindu dan kecintaan ini hanya untuk Mu..ameen.
Labaik Allah..Labaik Allah..Labaik Allah.
Labaik Allah..Labaik Allah..Labaik Allah.
nurain.