Ya Allah ya Tuhanku,
Kau peliharalah kekasihku ini..
dalam jaga nya..
dalam tidurnya..
semoga sentiasa berada dalam perlindungan dan kerahmatan mu.
Ameen ya Rabb.


olive~luvuforever.


Kebaikan Yang Terhimpun.
Moga rahmat Allah melingkungi hambaNya yang menjadikan..
Percakapannya sebagai zikir,
Diamnya sebagai tafakur,
Pandangannya sebagai ikhtibar,
Geraknya sebagai perhambaan dan
Lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan.



olive~luvuforever.

Sebagai seorang anak, tentulah doa untuk ibu menjadi ulam bicaranya dengan Ilahi setiap waktu menghadapnya. Biarpun ibu tidak mengetahuinya, itu tidak pernah menjadi halangan untuk anak meminta yang terbaik dari Allah supaya ibu sentiasa bahagia, diberi keberkatan dan kerahmatan, juga digolongkan bersama orang solehah ...di akhirat kelak.
Perlu diingat, tiada siapa paling bermakna doanya kepada ibu melainkan anak.Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Apabila anak Adam wafat, putuslah amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)


olive~luvuforever.




Those who believe, and whose hearts find satisfaction
in the remembrance of Allah:
for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.
(Glorious Qur'an 13:28)


" Wahai Tuhanku, kayakanlah akan daku dengan ilmu, hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah akan diriku dengan takwa dan elokkanlah diriku dengan a’fiat." Ameen ya Rabb.

olive~luvuforever.

Dedikasi lagu istimewa utk adikku yg berada jauh di mata...moga berbahagia dunia akhirat..


Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[Surah An-Nur, ayat 35]
Maksudnya Allah membimbing kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia... kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan mengikuti petunjuk yang diberikan kepada mereka.

olive~luvuforever.

Pengorbanan Saiditina Siti Khadijah r.a.
“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan … darinyalah aku mendapatkan keturunan.”
Begitulah Rasul...ullah saw berkata tentang keperibadian Siti Khadijah. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

olive~luvuforever.

Allah Maha Mengetahui..




olive~luvuforever.


Merenung jauh menuruti impian...
Permudahkan Ya Rabb.



olive~luvuforever.


U came to me..
You came to me in that hour of need,
When I was so lost, so lonely.
You came to me took my breath away,
Showed me the right way, the way to lead...



Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka d...engan cara yang baik." (An Nahl, 125)

"Sahabatku, Sekiranya anda melihat seseorang tidak menutup aurat, maka tegurlahnya dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Sahabatku, Sekiranya anda melihat pasangan yang sedang khusyuk 'berdating', maka tegurlah mereka dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Sahabatku, ingatlah, mereka yang melakukan maksiat kepada Allah, rata-ratanya terdiri daripada golongan yang jahil. Contohilah cara menegur Rasulullah SAW yang penuh kasih sayang dan lemah lembut. Sekiranya, mereka enggan dan memarahi anda, maka bantahlah mereka dengan cara yang baik. Jangan sesekali meninggikan suara. Sejahat-jahat orang Muslim, mereka tetap lebih baik dari Orang Kafir yang banyak berjasa kepada manusia, kerana apa?. Kerana AQIDAH mereka. Sabar dan Istiqomah di jalan Allah. SEBARKAN..."



Petunjuk diibaratkan sebagai "matahari",

Iman dan Taqwa pula adalah "mata".

Sekiranya mata tak nampak...

bagaimana ingin melihat mentari ???

Nuffnang Ads

hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Assalamu'alaikum Wr. Wb
Segala puji bagi Allah SWT yg tlah memberi sebaik-baik nikmat berupa Iman dan Islam.Shalawat dan doa keselamatan mari kita limpahkan selalu kpd Nabi Muhammad SAW berserta keluarga dan para sahabatnya.Amin

"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara."(An Nisaa :132)

"dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara." (Al Ahzab:3)

RENUNGAN :
Ya Hafiidh Ya Syakuur kami bersyukur atas apa yg Engkau kehendaki pd diri-diri kami kerana telah menaungi kami dlm lindunganMu selama ini, dari yg paling utama musuh kami yg paling nyata dan berat nafsu kami yg kadangkala merasuki tubuh ini sehingga terlena dgn keindahan dunia, kebahagiaan yg fana, kerana bujuk rayu syaitan sehingga kami kembali tersesat.Akan tetapi kerana lindunganMu Ya Hafiidh Maha Memelihara sehingga kami selalu kembali pd pelukanMu setiap waktu.

Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah itu cemburu dan org yg beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah, yaitu jika org mukmin melakukan apa yg diharamkan" (HR.Muslim)

"Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'CINTA' kpd KEIMANAN dan MENJADIKAN KEIMANAN itu INDAH di DALAM HATIMU serta menjadikan kamu benci kpd KEKAFIRAN, KEFASIKAN, dan KEDURHAKAAN. Mereka itulah org2 yg MENGIKUTI JALAN YG LURUS,."(Al Hujuraat:7)

Lidah kami yg membuktikan kami berdusta dgn tidak terasa, kadang kami mengutarakan kepada apa yg kami cintai lewat lidah ini kata2 yg membuatmu cemburu.Padahal tiada pujian yg berhak dipuji selain Engkau yg serba Maha ya Maalikul Mulki Pemilik Kerajaan.Kami sedang belajar bagaimana memberikan apa yg kami miliki menjadi berharga dimataMu Ya Bashiir, padahal Engkau Maha Kaya Ya GhaniiYY.

Langkah gerak kami yg mungkin belum masuk dalam koridor jalan yg lurus, kami mohon ampun sedangkan kami selalu berdoa ditunjukan kpd jalan yg lurus (Lihat Al Fatihah:6-7) tetapi kami selama ini justeru buta dgn tdk memahaminya dan bahkan lalai dlm perbuatan kami.Sedangkan org yg Engkau tunjuki jalan yg lurus adalah org yg bisa merasakan RINGAN dan menjadikan CINTA kpd KEIMANAN sehingga menjadi HIASAN yg INDAH dlm setiap relung hati kami.Ampunilah ya Ghafuur seandainya kami ternyata masih merasa BERAT dlm BERIBADAH pdMU yg tdk lain kami masih dlm jalan yg TDK ENGKAU ridhai (Lihat Al Hujuraat:7) Astagfirullah Ya Ghafuur..

Mulai saat ini insya Allah apapun yg Engkau kehendaki, ambilah semua dariku sbagai tanda cintaku pdMu, betapa bahagianya aku sedangkn Engkau yg Maha Ghaniy Maha Kaya membutuhkn apa yg aku punya, Ya Rabb itulah cintaku untukMu apalah artinya apa yg kumiliki smua milikMu..aku ridha bersamaMu.Bkn kesedihan yg kupunya bila Engkau mengambil apa2 yg aku cinta.Tp rasa haru dimana Engkau ternyata menghendaki apa yg aku suka sbagai tanda Engkau tak ingin aku mencintai yg lain..

Demikianpula dgn org2 yg aku harap menemani aku selama dlm perjalananku menemuiMu kelak, jadikanlah Dia org yg mengantarkn aku lbh mencintaiMu maka dgn bgitu aku lbh ridha atas sgala apa2 yg Engkau Kehendaki dan semakin indahlah hati kami bersamanya untuk kelak bersamaMu "Orang2 yg saling cinta-mencintai karena keagunganKu, maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para syahid - mati dalam peperangan untuk membela agama Allah." (HR.Termidzi)

CATATAN MHC:
Fadhilah/Hikmah "Tahun2 kesedihan" perjalanan Rasulullah SAW sblm Isra Mi'raj.Ternyata baru aku tw knapa Allah menguji beliau SAW dgn meninggalnya org2 yg dicintai dlm waktu dekat.Lalu Allah mengangkat beliau SAW sbagai "penghibur" hatinya, dn membawa oleh2 untuk kita umatnya yaitu perintah shalat.Disitu kita tw bahwa Allah SWT bgitu mencintainya dgn cara memanggil org2 yg dicintainya lbh dulu menghadap pdNya.

Dgn bgitu beliau SAW lbh mencintai ALLAH dan berjuang dgn lbh gigih.Adakah kita ambil pelajaran dr sini?Apa2 yg kita miliki yg kita cintai di hamparan bumi ini RELA KITA BERI untukNya, SEHARUSNYA BANGGA karena DIA MAHA KAYA sedangkn MENGAMBIL APA YG KITA MILIKI..Demi Meraih CintaMu aku beri apapun yg aku punya, pdhal Engkau Maha Kaya, itulah ujian2 bagi org yg mengaku sebenar2nya ber-iman pd CintaNya.


Wassalamu'alaikum Wr.Wb

Kebaikan itu sebaik namanya,keramahan itu seramah wajhnya,dan keikhlasan itu sesuci rupanya.Dan orang-orang yang mula-mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melalukannya.Mereka yang merasa hasilnya serta-merta dalam jiwa,akhlak,dan nurani mereka,hingga mereka pun sentiasa berlapang dada,tenang tenteram dan damai..

Ketika diri diseliputi kesedihan dan kebimbangan,berbuat baiklah terhadap sesama manusia,nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.Bersedekahlah pada yang papa,tolonglah orang-orang yang dizalimi,ringankan beban orang yang menderita,berikan makanan kepada orang yang kelaparan,jenguklah orang yang sedang sakit,dan bantulah orang yang ditimpa musibah,nescaya dirimu akan merasa bahagia dalam semua aspek hidupmu..

Perbuatan baik itu bagai wewangi yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya,tetapi orang-orang yang berada disekelilingnya juga.Dan manfaat kejiwaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubat berkesan yang tersedia di kotak ubat orang-orang yang berhati baik dan bersih.

Melebarkan senyuman kepada orang-orang yang gersang jiwanya merupakan sedekah jariyah.Ini,tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut:”…sekalipun engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri.”(hadis Nabi)

Sedangkan kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaib.

Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan,kecemasan,dan kebimbangan hidup,kunjungilah taman-taman kebaikan,sibukkan diri kamu dengan memberi,mengunjungi,membantu,menolong,dan meringankan beban sesama manusia.Dengan semua itu,nescaya kamu akan mendapat kebahagian dalam semua aspeknya;rasa,warna,dan juga hakikatnya.

“sedang ia tidak menanggu budi sesiapa pun,yang patut di balas,hanyalah mengharap keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati(pada hari akhirat,dengan mendapat segala yang diharapkan).”(surah Al- Lail:19-21)

“Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja menggembirakan pemakainya,tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga.”

Salam kasih, Ya Habiburraheem..


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Salam Ukhwah utk sahabat nun jauh di mata dekat di hati..
~ Morocco wink wink.. :-)


Bila diri termenung berangan jauh,
Menjejak haruman siputih lembut panas dek bara,
Nun jauh di sana
aduhai .. :-)



p/s habiburraheem,
tgu aje ni..isskkk.


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ




“Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau;
karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi karunia.”
(QS. Ali Imran: 7)



olive~luvuforever.

Hiduplah Sesuke Hatimu.. .
Sesungguhnye Kita Pasti Mati.. .
Cintai Siapa Saja Yang Kita Senangi.. .
Sesungguhnye Kita Pasti Akan Berpisah Kelak.. .
Lakukan Apa Saja Yang Kita Inginkan.. .
Sesungguhnye Kita Akan Memperoleh BALASANNYA.. .
- Untuk Renungan Bersama - :)

"Sahabatku, keluarlah dari rumahmu sejenak dan pandanglah ke langit, lihatlah akan bintang-bintang yang bertebaran di angkasa, kemudian berfikirlah sejenak. Bagaimana bintang-bintang ini boleh terapung-apung di angkasa tanpa tiang dan sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya?. Siapa yang menahannya?. Bagaimana malam dan siang boleh berlaku?. Anda katakan disebabkan matahari terbenam maka berlakulah malam dan tebritnya matahari berlakunya siang. Persoalannya, Siapakah yang telah menetapkan proses ini berlaku?. Mustahil ianya berlaku dengan sendiri, maka pastilah bahawa Allah lah yang telah menetapkannya!. Sahabatku. Sesungguhnya terdapat banyak tanda akan kewujudan dan kebesaran Tuhan di alam semesta alam. Tidakkah anda rindu untuk bertemu dengan penciptaNya?. Selepas anda keluar melihat, maka bukalah surah Al-Imran, ayat 190 - 200. Bacalah dengan penuh penghayatan dan keyakinan. . . Dan yang paling terpenting!. JANGAN ANDA SESEKALI MATI DALAM KEADAAN KAFIR. AZAB ALLAH DI NERAKA ADALAH KEKAL ABADI!.


MUKADDIMAH
Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar saya ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN
Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:> "Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)>
Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.>
Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.> Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH
"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)>
Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA
Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata: "Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."> Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata: "Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu." Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:> "Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."
Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN
Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. "Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)>
Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA
> Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:> "Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:>
"Berhimpun pada hari sekian-sekian. "> Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)> >

Pengajaran: > Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani ke hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah. > >
..
Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.> http://akhisalman.blogspot.com/

http://asrar-sakinah.blogspot.com


BUTA HATI adalah buta yang paling keji di dlm perjalanan menuju IMAN.. .

Punca BUTA HATI itu kerna sifat BAKHIL, DENGKI, DENDAM & KHIANAT sesama INSAN..

Oleh itu, sama2 tanamkan sifat BERPERIKEMANUSIAN dan SALING MENYAYANGI!! wassalam.. .


Syukur kehadrat Ilahi kerna masih bernafas dan berada di sini untuk mencoretkan kata kata dan menghayati perjalanan di dunia yang fana ini..
Setiap detik..apa saja yang terlintas dimata.. terdengar dihalwa telinga.. tersentuh dihati..akan mulai dan akhirikan nya dengan kata kata doa ..samada disanubari atau kata bicara.....
Hingga kini masih lagi mencari pengertian doa sejati, doa yang afdal, doa yang harus dihafal dan sematkan sebagai panduan hidup abadi..
Mudah mudahan Allah makbulkan impian dan permudahkan segalanya hingga akhir hayat..ameen..


Ya Allah,
Bukakanlah ke atas kami hikmatMu,
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku,
Tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku,
Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku..

Olive~luvuforever.

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.



Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

Bila diri termenung berangan jauh,
Menjejak haruman siputih lembut panas dek bara,
Nun jauh di sana
aduhai .. :-)

p/s habiburraheem,
tgu aje ni..isskkk.


Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
tapi hanya Allah yg tahu rahsia di dalamnya.
Begitu jua dengan kehidupan manusia, riang ketawa,
tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan nya.
Jika kita kecewa pandanglah ke sungai..
airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu ...yang menghalangnya
Jika kita sedih pandanglah ke langit,
kita akan sedar Allah sentiasa bersama kita.
Jaga diri...
Hiasi peribadi.

olive~luvuforever.

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

source http://saifulislam.com/?p=7935
Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang musuh. (Al-Anfaal 8:65)


Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day
Keep us close to You
Until the end of time..

olive~luvuforever.


It sounds silly, but I've always been a fan of celery. The satisfying crunch, the clean flavour...and when I was a child, I thought it matched up beautifully with peanut butter and raisins for the classic treat "ants on a log."

Of course, most people think it's a boring vegetable. They just aren't that impressed.
Now, thanks to new findings, celery might start getting the respect I've always thought it deserves.

Scientists at the University of Groningen in the Netherlands recently found that eating foods like celery and parsley could help prevent leukaemia.


Thanks to a compound called apigenin, celery packs more cancer-fighting power than previously thought. Apigenin halts the development and cuts the survival chances of two kinds of leukaemia cells.

Apigenin is a bioflavonoid, and if you're a regular e-Tips reader or a Nutrition & Healing subscriber, you've probably heard that word before. Biolavonoids have antioxidant properties ? they protect cells by fighting free radical damage. Apigenin is also found in red wine and tomato sauce. And leukaemia is just the beginning. Researchers have also found the substance may help protect against ovarian cancer and prostate cancer.

So, the next time you're in the produce section of your supermarket, don't pass the celery by in search of more exciting fare ? pick up a bunch and crunch away.

Source @ Copyright (c) 2010 Agora Health Limited.

Caution: Celery has no protective skin, which makes it almost impossible to wash off the chemicals that are used on conventional crops.

A perennial entrant on the Dirty Dozen list, 64 pesticides detected in residue on this veggie make celery rank No. 1 in the 2010 analysis, up from No. 4 in 2009.

The best solution is try to get it from an organic veggies producer.


Apabila zaman semakin maju, kecanggihan teknologi akan semakin kedepan dan masyarakat awam akan semakin mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diperlukan hanya dengan satu klik. Dengan adanya kemudahan komputer dan email ini masyarakat akan terdedah dengan ancaman dan bahana video dan cerita-cerita lucah yang semakin meluas. Hampir ada pada setiap pelajar samada dikolej dan universiti termasuk yang bekerja akan mendapat kemudahan internet yang disediakan. Walaupun teknologi sebenarnya di ciptakan untuk kebaikan dan manfaat seluruh manusia, tetapi ia tidak terkecuali juga daripada dieksplotasi untuk membawa keburukan juga.

Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video-video lucah dari internet memang mudah dan aktiviti ini semakin berleluasa terutamanya yang semakin meningkat remaja tetapi sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa perbuatan itu boleh mengundang padah. Lebih mendukacitakan apabila ada yang gila ataupun boleh dikatakan hilang akal menulis cerita-cerita yang berunsur lucah dan menyebarkan video-video porno hanya untuk kepuasan mereka supaya dapat ditonton dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung internet tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka itu membawa malapetaka yang berterusan.

Penulis, pengirim dan penyebar bahan lucah terutamanya yang muslim perlu sedari apabila mereka melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa disedari dosa mereka sukar diampunkan. Ini kerana jika anda sempat bertaubat insya Allah dosa anda akan diampunkan tetapi bagaimana pula dengan perbuatan anda yang menyebarkan bahan-bahan lucah tersebut yang menyebabkan ramai manusia terdorong melakukan maksiat?. Dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan solat fardu , puasa, zakat dan sebagainya akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.

Apabila seorang sahaja yang membuka laman web tersebut maka dia akan mendapat dosanya dan penyebar lucah tersebut akan mendapat habuan dosanya juga. Tetapi realitinya bukan seorang sahaja tetapi berjuta-berjuta manusia yang membuka laman web prono tersebut.Ini kerana apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti perkara tersebut maka setiap manusia yang membuka laman web tersebut maka si penyebar dan penulis web tersebut akan mendapat dosanya tanpa kurang bagi setiap orang yang membukanya. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi.Ini sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

Ertinya : "Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Inilah satu malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah. Namun itulah antara punca untuk mengheret seseorang itu kepada gejala sosial atau naluri ingin tahu. Maka keberangkalian seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amatlah tinggi. Sebab itu bagi seseorang muslim apabila timbul keinginan untuk membuka laman web sedemikian hendaklah berhati-hati dan perlu ada belas kasihan bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

Ertinya :"Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya sepertimana mencintai dirinya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)

Maka sebagai seorang muslim tidak perlu terjerumus sekali kekancah tersebut bagi mengelakkan kita dan mereka mendapat dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Ini kerana setiap perkara dosa tidak boleh bagi manusia membantu dalam urusan tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." (Surah Al-Maidah: 2)

Selain itu juga terdapat anasir-anasir jahat dengan menggunakan internet terutamanya laman web lucah sebagai tarikan sebelum pengunjung menjadi mangsa. Mereka akan menyerang komputer menjadi lembap atau rosak dan juga boleh menyebabkan kerugian. Senario ini telah meluas apabila ramai para pengguna internet ditipu dan mengadu bil internet dan telefon mereka terlalu tinggi. Ini kerana apabila kita melayari laman web prono tersebut komputer mereka sebenarnya telah diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan internet ke talian antarabangsa. Maka sudah tentu bil telefon akan dikenakan caj tempatan dan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ketalian luar Negara.Malah perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan perkara-perkara yang kita tidak sedari boleh membawa masalah dan mengundang padah pada diri sendiri.


SOLAT ORANG JAHIL
- Solat yg dilakukan oleh org yg tiada ilmu tentang solat
- Tidak tahu rukun dan sunat dlm solat
- Solatnya DITOLAK malah BERDOSA kerana tidak belajar

2) SOLAT ORANG LALAI
-Solat yg sempurna zahirnya tetapi hatinya langsung tidak hadir dalam solat
- Dari awal hingga akhir solat hatinya langsung tidak mengingati Allah
- Solatnya TIDAK MENDAPAT PAHALA malah dibalas dgn NERAKA WAIL..Nauzubillah

3) SOLAT ORANG YG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK
- Solat yg di dalamnya berlaku tarik menarik dgn syaitan
- Ada waktu lalai,ada waktu khusyuk
- TIDAK JUGA BERDOSA,TIDAK JUGA BERPAHALA..CUMA DIMAAFKAN..wallahualam

4) SOLAT ORANG KHUSYUK
- Sepanjang solatnya itu penuh ingatan kpd Allah dan kpd apa yg dibacanya.
- Solat begini menghapuskan dosa,menguatkan iman dn lebih dkt kpdNya
- Dianugerahkan pahala dan syurga penuh kenikmatan.

5) SOLAT NABI-NABI DAN RASUL
- Khusyuk mereka sgt luar biasa.
- Mereka benar-benar nampak Allah dgn mata hati,solat seakan2 berbual2 dgn ALLAH


*moga kita bersama-sama memperbaiki solat utk memperoleh keredhaanNya juga memperoleh kenikmatan syurga..WAULLAHU'ALAM




One of the quickest growing sports today is that of bodybuilding. Although it is an ancient sport dating back to the ancient Greeks, bodybuilding seems to have taken on a new dose of popularity. Everywhere you go you can find evidence of this. Health food stores, gyms, magazines.

There are as many different reasons for getting involved as there are bodybuilders. Some would like compete on the professional level. Some would to simply lose a few pounds and bulk up. Others would like to attract members of the opposite sex, or simply enjoy the massive boost in self esteem that inevitably follows bodybuilding habit.

No matter what your motivations are, they are worthy. Here you'll learn a couple simple ideas that can help you to achieve the success that you deserve. Once you have a plan, the rest is easy.

First and foremost, you'll need to create a specific, measurable goal. This means something that you can see, measure and record. Strength, how much you can press, size, or percentage of body fat are all examples of things you can measure. Pick a time three or six months in the future and choose a specific goal to achieve by that time.

Now you've got your target, you'll need to set up the path you'll take to get there. Choose how much time it will take on a daily basis. Decide on what kind of foods you'll need to eat, and not eat. And perhaps most important, make sure you budget enough time for rest and recovery, for that is when the muscles are actually building. Of course, bodybuilding is a serious commitment, so be prepared to do away with things that don't support your goal.

Once you've got your target set, and you've developed a strategy on how to get there, your success will virtually be inevitable. All you need to do now is get started.

By Charles Ishihashi


Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat"

( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan )

Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..


I’m wishing you another year of laughter, joy and fun,surprises, love and happiness and when your birthday’s done..
I hope you feel deep in your heart as your birthdays come and go..
how very much you mean to me ..
more than you can know.



REMEMBER JUST REMEMBER

When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just reme...mber
Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember
Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from Allah The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

When you are all alone
And your pain has no end
Remember just remember
Allah is your Friend.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here.

"Apakah erti kasih sayang..bolehkah tuan menerangkan?"

"Boleh, tapi tidak dengan kata kata biasa.."




I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies

I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do

I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain

I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does

You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger

You love me
When you tell me that you love me


Al kisah seorang teman lama si Teddy Bear menegur kat ym, memberi kabar bahagia..

"Saya dah nak tunang akhir tahun ni"..

Iskkk.. suke nyer die.Ada pulak pix mesra berdua dengan teman wanita. Memang sah dah angau teddy ni. Myself ucap tahniah n ucap kutuk kutuk sikit gak la..ala manis manis pahit macam kopi ais..kick bajet wehhh.Biasa lah saje nak manjer manjer dengan teman tuh.Lama tak tegur die.Merajuk punye hal..plsss rahsia k.Apa pun myself bagi ayat ayat manjer ni istimewa untuk teddybear..

Congrate yer n be gud hubby n doakan yang terbaik dari yang terbaik.
miss u.



“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu,
dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Islam Itu Indah.Islam amat menitik beratkan maruah peribadi seseorang . Dalam maqasid syariah, maruah, keturunan atau zuriat berada pada tangga keempat selepas Agama, Nyawa dan Akal. Selepas maruah, disusuri pula dengan harta.

Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan kerana pertunangan itu bukanlah suatu ikatan mutlak dan kekal sebagaimana perkahwinan. Ia merupakan perjanjian awal kepada suatu ikatan yang menghalalkan hubungan. Justeru, dalam pertunangan adab-adab sebagai orang asing tetaplah harus dijaga. Walau bagaimanapun, disana ada sedikit kelonggaran berhubung dalam beberapa hal seperti berurusan membincangkan majlis perkahwinan akan datang dan sebagainya.

Oleh kerana ikatan pertunangan itu bukan merupakan suatu yang pasti, justeru Islam memelihara maruah pasangan-pasangan ini agar ia tidak menjadi buah mulut orang tatkala ikatan yang cuba dibina itu terputus ditengah jalan. Lebih-lebih lagi maruah si anak dara, teramat perlu dijaga kerana ia bakal disunting oleh si kumbang yang lain pula. Bayangkan jika berita terputus pertunangan ini tersebar ke merata tempat. Bagaimana perasaan dan kecurigaan yang bakal timbul kepada si kumbang baru yang ingin melamar si bunga yang telah disebut ramai akan peristiwa luka yang kadangnya bukan merupakan kesilapannya.

Sungguh indah Islam ini, menjaga dan memelihara pelbagai aspek dalam kehidupan. Hatta suatu yang akan datang, telah diambil langkah berjaga-jaga diperingkat awal lagi.

Usah diwarkan-warkan pertunangan itu kepada orang ramai. Yang dimaksudkan merahsiakan pertunangan itu adalah dengan merahsiakan peribadi insan yang diikatkan tali pertunangan tersebut. Jangan disalah tafsirkan pula kerahsiaan tersebut dengan tujuan ingin mengambil hati dan membiarkan orang lain menaruh perasaan kepada diri. Jika sudah berpunya, katakan sudah berpunya.

Ikhlaskan niat dihati, moga Allah memelihara kita semua dan menunjuki yang terbaik buat diri kita ini..


ni copypaste.
ntah ambik kat mane tah..xingat la.


Tika menghayati perasaan dan keinginan beberapa teman di laman maya. Rasa terkilan dan terkesima memikirkan. Naluri keinginan masing masing yang berbeza dan mengasyikkan. Sifat manusia memang kurang sempurna namun Allah berikan akal untuk bekalan kita menempuh dugaan dunia yang semakin hampir ke penghujung keujudannya. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk.

Setiap detik, akal kita pasti mengingati sesuatu.Keinginan untuk mencapai sesuatu yang membara dan subur di fikiran. Ini adalah fitrah manusia dijadikan.Namun adakah wajar hal keduniaan ini diutamakan? Sedangkan pelbagai tuntutan rukun Islam yang masih menunggu haknya. Berangan dengan kemewahan duniawi, keriuhan anak anak, leka dengan impian nafsu yang tiada surut demi kepuasan diri. Berhenti sejenak dan renungkanlah. Tenangkah hati bila masih tertanggung sumpah dan janji dengan Ilahi, yang mencipta dan menjadikan kita semata mata untuk beribadah kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa jua dihati hambanya. Di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“Kamu ingatlah Aku nescaya Aku mengingatimu.”


Syaddad bin Aws ra. meriwayatkan di dalam hadith Sahih Termizi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

”Orang yang pintar ialah dia yang sentiasa menghisab dirinya (mengenai amalan-amalan hidupnya) dan terus berusaha bagi akhiratnya. Orang yang jahil ialah dia yang membiarkan hawa nafsu menguasainya, mengharapkan bahawa segala harapannya akan terpenuh.” (Nuzhah)



Ya Rabb, terimalah hambamu ini menjadi tetamumu, permudahkan lah urusanku ke sana, sesungguhnya kasih, rindu dan kecintaan ini hanya untuk Mu..ameen.
Labaik Allah..Labaik Allah..Labaik Allah.


nurain.





Tiap-tiap perkataan yang tidak disertai dengan mengingati Allah
adalah sia-sia...
Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah
adalah leka...
Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan ikhtibar
adalah lalai...
Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan
adalah kosong...

Moga rahmat Allah melingkungi hamba-hambaNya yang menjadikan
Percakapannya sebagai zikir,
Diamnya sebagai tafakur,
Pandangannya sebagai ikhtibar,
Geraknya sebagai perhambaan dan
Lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

nurain.

Renungan bersama untuk sahabat di sana...



"What's in a name? That which we call a rose
By any other name would smell as sweet."

Romeo Montague and Juliet Capulet meet and fall in love in Shakespeare's lyrical tale of "star-cross'd" lovers. They are doomed from the start as members of two warring families. Here Juliet tells Romeo that a name is an artificial and meaningless convention, and that she loves the person who is called "Montague", not the Montague name and not the Montague family. Romeo, out of his passion for Juliet, rejects his family name and vows, as Juliet asks, to "deny (his) father" and instead be "new baptized" as Juliet's lover. This one short line encapsulates the central struggle and tragedy of the play.



William Shakespeare bersastera, 'apalah erti pada sebuah nama ? '
Namun, nama yang dimaksud pujangga legenda Romeo dan Juliet itu tidak lain terkait dengan latar belakang atau keturunan yang kerap jadi simbol kekuasaan dan egois komuniti tertentu. Lain shakespeare, lain pula masyarakat timur.
Fahaman ugama kita memandang nama adalah do'a, sebuah cita dan harapan dari Yang Maha Esa pemberi nama kepada makhluk yang terlahir di dunia. Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh ugama.
Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan.
Dan uniknya, kita punya nama panggilan untuk memudahkan pengucapan lisan. Dari yang bagus, lucu, sampai merubah makna, nama panggilan kerap jadi hal yang lumrah dan tradisi untuk diikutsertakan dalam penentuan nama seseorang. Ada beberapa alasan yang menyebabkan seseorang punya nama panggilan.
Tanpa mengurangi rasa hormat pada siapapun yang punya kreativiti membuat nama panggilan rasanya hadis ini boleh jadi bahan renungan kita bersama untuk pertimbangan memilih nama.

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)

Marilah kita memanggil dengan sebaik-baik panggilan sebagaimana Rasulullah contohkan ketika memanggil isterinya Aisyah dengan sebutan humairoh (yg kemerah-merahan), memanggil sahabat terbaiknya Abu Bakar dgn sebutan ash-shidiq (yang membenarkan) atau ath-Thahirah (bersih dan suci) panggilan ibunda Khadijah oleh kaum quraisy, atau Al-Faruqul 'adhim (pemisah antara haq dan bathil yang perkasa) yang merupakan gelar kepahlawanan Umar ibnul Khatthab.
Karena tiada yang lebih indah dan menyenangkan selain mengikat ukhwah ini dengan memuliakan seseorang dengan memberinya panggilan yang baik...

Wallahu'alam bissawab.