Generasi Al-Quran Ialah Generasi
Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada NYA.
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
Generasi Al-Quran Ialah Generasi
Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Generasi Al-Quran Ialah Generasi
Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Yang memandang Dunia sebagai Rumah tumpangan,
Generasi Al-Quran Ialah Generasi
Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Sunnah Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,
Generasi Al-Quran Ialah Generasi
Yang Tidak Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Generasi Al-Quran Ialah Generasi
Yang Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
bersama kita berusaha membina generasi al-qur'an. :)