Hiburan adalah harus dalam Islam. Berhibur menurut cara Islam dikira berpahala jika tidak ada unsur-unsur lucah, menghina agama, menaikkan syahwat dan memuja agama lain Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan suruhan kewajipan agama.Hiburan yang tiada percampuran lelaki dan wanita.
Hiburan hendaklah dijadikan sebagai alat bukan matlamat. Hiburan adalah alat untuk mendidik, merihatkan diri, membina silaturrahmi dan lain-lain yang harus dan dianjurkan oleh Islam. Ini adalah kerana matlamat hidup manusia ialah untuk memperhambakan diri pada tuhan bukan untuk mempertuhankan hiburan.
Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan prioriti dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.
Islam adalah cara hidup yang mencukupi seluruh bidang kehidupan. Ajaran-ajaran Islam adalah dalam bentuk kesepaduan yang sempurna. Ia mesti diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan, diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain.
Sebagaimana niat yang baik tidak menghalalkan cara..
Cara yang baik juga perlu diikuti dengan niat yang betul dan ikhlas.
nurain.