Sastera klasik yang kaya dengan peradaban dan nilai moral yang perlu dihalusi oleh akal fikiran.Merujuk pelbagai kupasan kehidupan,menilai erti kesetiaan,penganiyaan,dendam,pengorbanan dan kebijaksanaan.Buku yang sukar di jauhkan dari pandangan bila mula menatapnya.Buku ini adalah nostalgia semasa di perpustakaan sekolah menengah.Renyuk dan usai di sudut almari menguit perasaan untuk menyentuhnya.Jatuh cinta pandang pertama pada lembaran demi lembaran.Moga setiap bait perkataan memberi 1001 pedoman dan panduan biar bertatah dan berkesan dihati.
Selamat membaca.
nurain.
Sinopsis Hikayat Seribu Satu Malam.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Hikayat-hikayat itu berlaku pada zaman Empayar Sasan dan bermula dengan Shahryar, seorang maharaja Parsi. Maharaja itu memerintah sebuah pulau yang tidak dinamakan "antara
Dengan bantuan adik perempuannya, Dunyazad, Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayat-hikayat kepada baginda. Setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian saspens supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin mengetahui akhir cerita. Akhirnya, Sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka dekri itu dimansuhkan.