Taufik dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhlukNya. Hidayah Allah apabila ‘mengetuk pintu hati’ seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama.
“Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya) yang berulang (keterangannya dgn pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram;kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah;
Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan sesiapa yang disesatkan Allah,
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.”
(Surah az-Zumar, ayat 23)
myself ade surah yang jadi favourite..
Surah ar Rahman..Surah ni mengingatkan diri tentang kasih sayang..ada pendapat kata kalau la diamalkan bacaan surah ni kita nanti mudah disayangi dan dikasihi..betul la kot.Bila ngaji jer surah ni,airmata mula berlinang.Teringat pada yang dikasihi mak n abah..n yang dirindui abang.. n keluarga yang jauh..Moga berkat surah ni kasih sayang di hati kekal abadi hingga akhir hayat.
Imam al-Mawardy dalam tafsirnya menyatakan orang mendengar bacaan al-Quran atau membacanya, tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah...
Apabila mereka membacanya atau mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran serta memahami maksud ayat itu yang memberi gambaran janji neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah Allah dan khabar gembira dengan janji syurga bagi mereka yang patuh pada perintah-Nya (Imam As-Suddy)
Tersemat dalam lubuk hati mereka keagungan al Quran dan lembut hati mereka ketika membacanya.
Terpahat dalam hati perasaan khauf (takut) dan raja' (pengharapan) yang tinggi kepada Allah.
nurain.