1. Kita sebagai orang dewasa yang sebenar, kalau nak bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.
2.Kita mesti bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika kita meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara kita. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata kita.
3. Kita fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa.
4. Apabila kita bertengkar bukan tujuan sebenarnya untuk menang, tetapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.
5. Yang lebih praktikal, kita diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan kita menjadi pendengar yang setia. Pertengakaran pasti tidak menjadi.