DFINISI ISTIHALAH DAN ISTIHLAK

Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya. Atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka.

Istihlak: Masuk najis ke dalam air atau selainnya terdiri daripada cecair. Najis itu tidak meninggalkan kesan dan hilang larut di dalamnya serta hilang segala sifat najis tersebut. Contoh segelas air dimasuki setitik arak. Arak larut dan hilang sama sekali sifatnya di dalam air tersebut.

Kira betul dah atau dekat-dekat betul dah kefahaman yang dapat tu.

ALKOHOL DI DALAM MAKANAN

Sebagaimana yang diperbincangkan, alkohol ethanol atau ethylacohol yang merupakan punca kepada mabuk. Alkohol terdapat pecahan yang pelbagai, ethanol atau ethylacohol merupakan salah satu daripada pecahan alkohol.

GELATIN HAIWAN YANG DIHARAMKAN ATAU DISEMBELIH SECARA TIDAK SYARIE

Para saintis dan Ilmuwan Islam mengatakan bahawa boleh berlaku proses istihalah kepada gelatin yang dimasukkan ke dalam makanan. Dari itu halal untuk dimakan sebagaimana halal cuka dimakan yang asalnya adalah arak. Ia akan diharamkan jika terdapat mudarat pada sudut yang lain. Tetapi resolusi Majma’ Fiqh Islami memutuskan tidak dibenarkan untuk memakan gelatin yang diambil daripada haiwan yang diharamkan atau tidak disembelih dengan sembelihan syarie. Alasan tentang keputusan tersebut telah dijelaskan di dalam diskusi yang telah ana buat berhubung dengan masalah tersebut.

Gelatin yang mengalami perubahan sebahagian unsurnya tidak termasuk di dalam perbahasan ini. Ia masih membawa unsur asal binatang yang diharamkan.

KESIMPULAN & PANDUAN

1) Wajib seorang Muslim/Muslimah memilih sumber makanan yang dihalalkan oleh syarak. Ini juga merupakan satu tanggungjawab terpikul di atas bahu setiap Muslim. Makanan yang mencerna keimanan ketakwaan dan ibadat kepada Allah Taala.

2) Untuk mengenal sesuatu unsur itu melalui proses istihalah atau istihlak, perlu bertanya kepada mereka yang berkeahlian perkara tersebut. Terdiri daripada saintis, pakar pemakanan dan seumpamanya. Firman Allah Taala di dalam surah an-Nahli ayat 43:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu Bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

3) Kebanyakan negara bukan Islam terdapat persatuan atau NGO tempatan yang mengatur urusan umat Islam. Ana rasa ukraine juga tidak terlepas daripada situasi yang sama. Ambil pandangan dan kajian yang dilakukan oleh mereka untuk mengetahui hakikat halal atau tidak makanan yang akan dimakan. Ini juga merupakan tanggungjawab persatuan yang terpenting. Lebih penting daripada mengatur program-program yang lain. NGO ini lebih mengenal tentang cara mendapatkan yang halal dan teknik yang digunakan oleh sebuah negara untuk proses makanan.

4) Setiap negara bukan Islam terdapat kedai-kedai makanan halal yang diusahakan oleh orang Islam itu sendiri. Membeli daripada kedai seumpama itu jika kita berkemampuan.

5) Untuk memutuskan ingredient yang ditulis itu menetapi maklumat sebagaimana kita inginkan, belum dapat dipastikan. Hari ini dunia menerima keputusan untuk meletakkan kandungan bahan yang ada di dalam sesuatu makanan. Tidak mustahil suatu hari nanti dengan gerak kerja dan usaha umat Islam, setiap makanan wajib disertakan tahap istihalah atau istihlak yang berlaku di dalam makanan tersebut untuk memudahkan individu Muslim membelinya. Ingrdient diletakkan pada setiap makanan pada dunia hari ini bukan bertujuan mencari halal atau tidak, tetapi untuk mengetahui kandungan yang mengganggu kesihatan.

6) Perkembangan perindustrian semakin kompleks tidak memadai hanya ahli ilmu daripada agamawan sahaja bertindak mencari keputusan hukum halal karam. Perlu kerja sama daripada semua yang mempunyai kepakaran untuk mengenal hakikat benda yang diproses dijadikan sebagai makanan. Juga penting mencari agamawan yang benar-benar pakar di dalam masalah hukum agar tidak mengharamkan benda yang dihalalkan oleh syarak. Firman Allah Taala di dalam surah at-Tahrim ayat 1:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Akhirnya ana merasakan telah menjawab segala persoalan yang ditanya. Segala persoalan dan jawapan yang diberi tidak lebih kesinambungan daripada perbincangan sebanyak 3 kali berhubung tajuk “Istihalah dan Istihlak di dalam makanan, perubatan dan minyak wangi”. Kitab tersebut di dalam proses terjemahan oleh 3 individu.

1) Ust Azali ِ
2) Ust Fahmi
3) Ust Abd Rahman.

Setelah buku itu berada di pasaran, penanyaAb boleh menjadikan panduan yang lebih berguna untuk menjawab segala permasalahan yang berlaku. Lebih-lebih lagi berada di negara yang agak susah untuk mendapatkan makanan yang halal. Ingin berusaha mencari makanan yang halal bukti dalil bahawa hati masih bercahaya dengan nur iman. Jika ada penambahan boleh ditanya atau diulas di dalam ruangan komentar.


Allahu A’lam

Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Zainudin.

rujuk:

http://www.mymkkk.org/efiqh/view_soalan.php?id=12



Link dari jabatan mufti brunei

Persoalan berubat di dalam pandangan Islam adalah jelas suatu perkara yang diharuskan, bahkan ia boleh menjadi salah satu jenis ibadat jika ia dilakukan dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk melaksanakan tuntutan syara‘ agar dapat beribadat kepada Allah dengan lebih sempurna. Walaupun begitu, berubat hanyalah dianggap sebagai salah satu sebab untuk mendapat kesembuhan dan yang menyembuhkan hanyalah Allah Ta‘ala. Jadi di samping berubat, hendaklah disertai tawakal kepada Allah.

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah berubat dan menyuruh berubat kerana dalam hadis Baginda ada menerangkan bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya.

Baginda bersabda:

Maksudnya: “Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”

(Hadis riwayat Muslim)



Abu Daud mentakhrîjkan daripada Usamah bin Syuraik:

Maksudnya: “Bahawa segolongan orang Arab kampung bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah boleh kami berubat?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Berubatlah kamu, kerana Allah Ta‘ala tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya, melainkan satu jenis penyakit, iaitu sakit tua.”



Pada dasarnya ubat atau penawar yang dianjurkan supaya dipakai ialah ubat-ubatan yang bersih, suci, tidak yang diharamkan dan dapat diterima oleh naluri pesakit, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis:

(رواه البخاري)

Maksudnya: “Berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda-benda yang diharamkan.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Kemudian jika ubat yang sedemikian tidak diperolehi atau tidak bersesuaian, maka barulah beralih kepada ubat-ubatan lain walaupun ia tidak bersih, tidak suci atau yang diharamkan.

Menurut pendapat ulama Syafi‘e keharusan berubat dengan benda-benda najis atau yang diharamkan adalah berdasarkan bahawa berubat itu merupakan salah satu bentuk darurat, maka dalam keadaan darurat itulah diharuskan mengambil atau menggunakan sesuatu yang ditegah. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan sesungguhnya Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya.”

(Surah Al-An‘am: 119)

Dalam konteks ini bagaimanakah kedudukan ubat yang suci bercampur dengan gelatin dan alkohol? Sebelum membuat rumusan mengenai perkara ini terlebih dahulu dihuraikan apa itu gelatin dan alkohol.

Gelatin

Gelatin merupakan satu jenis bahan yang diperolehi (dengan mendidih dalam air) dari hidrolisis separa kelogen terbitan daripada kondrum, tulang, tendon dan kulit binatang.

Walaupun gelatin satu protein yang berasal daripada binatang, namun bahan ini mempunyai nilai biologi yang rendah.

Gelatin digunakan secara meluas dalam industri makanan dan merupakan salah satu bahan asasnya. Di antara makanan berkenaan ialah jeli. Gelatin juga digunakan untuk membuat manis-manisan, agar-agar dan ais krim.

Demikian dinukilkan secara ringkas mengenai pengertian gelatin daripada Ensiklopedia Malaysiana (5/77) dan Encyclopedia Britannica (G.165).

Dengan itu dapatlah diketahui bahawa yang dinamakan gelatin ialah sesuatu bahan yang berasal daripada binatang.

Seorang Pensyarah Fakulti Sains, Universiti Brunei Darussalam di dalam satu Majlis Halaqah Ilmu di Jabatan Mufti Kerajaan (20 Muharram 1420 / 6 Mei 1999) dalam hal ini menerangkan bahawa gelatin memang asalnya diperolehi daripada binatang.

Walaupun begitu di dalam Ensiklopedia Malaysiana dicatatkan bahawa “Gelatin sayur-sayuran adalah sama dengan gelatin binatang dari segi fungsinya dan ia diperolehi daripada gluten gandum atau bijiran lain.” (5/77)

Dan mengikut keterangan ini, bererti ada juga jenis gelatin yang berasal daripada sayur-sayuran.

Hukum gelatin

Persoalan asas di sini ialah jika gelatin itu berasal daripada binatang, bukan sayur-sayuran, maka hukumnya tertakluk kepada kedudukan binatang itu.

Apabila binatang itu binatang halal yang disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu adalah halal dan suci, tetapi apabila binatang itu bukan binatang halal, seperti khinzîr, ataupun ia binatang halal tetapi tidak disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu haram dan najis.

Untuk lebih jelas, hukum gelatin adalah mengikut kepada hukum sumber atau punca asalnya. Di dalam kaedah usul fiqh disebutkan:

Ertinya: “Pengikut itu hukumnya tetap sebagai pengikut yang mengikut.”

Ertinya: “Pengikut tidak berasingan dengan hukum tersendiri.” (Qawâ‘id-Qawâ‘id Fiqh: 58)

Dengan yang demikian, gelatin yang berasal daripada binatang haram, ataupun binatang halal tetapi tidak disembelih secara sembelihan Islam adalah haram dan najis, kemudian jika ia dicampurkan dengan ubat atau makanan, maka ubat dan makanan itu turut menjadi najis.

Alkohol

Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemerosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum.

Hasil pemerosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun. (Malaysiana: 1/277)



Hukum Alkohol



Imam-imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi‘e dan Hanbali) sepakat mengatakan bahawa alkohol yang bersumber daripada arak adalah najis dengan mengqiyâskannya kepada arak, kerana kesamaan ‘illah atau sebab, iaitu sama-sama memabukkan.



Adapun kenajisan arak sendiri ialah berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah Al-Mâ’idah: 90)



Dan juga berdasarkan hadis Abu Tsa‘labah katanya:

Maksudnya: “Kami berkunjung kepada orang-orang Ahli Kitab (semasa berlalu di kawasan mereka) mereka memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan minum arak menerusi perkakas minuman mereka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jikalau kamu boleh mendapatkan (peralatan) yang lain, pakailah yang lain itu, tetapi jikalau tidak ada yang lain, maka basuhlah terlebih dahulu dengan air, lalu makan dan minumlah padanya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Suruhan Nabi membasuh bekas arak mereka itu kemudian membenarkan mempergunakan bekasnya, bererti arak itu najis termasuk kesan-kesannya yang tinggal di dalam bekasnya.



Berubat Dengan Najis



Allahyarham Pehin Dato Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz (Mufti Kerajaan Brunei) berkata:



“Adapun berubat dengan ‘ain benda-benda yang najis adalah harus, sama ada ‘ain benda-benda najis itu telah dibancuh dengan lain-lain benda, atau ‘ain benda-benda najis itu bulat- bulat, dan semata-mata dijadikan ubat melainkan arak, maka tiadalah harus berubat dengan arak semata-mata arak, dan harus berubat dengan arak yang bercampur dan dibancuh dengan lain-lain benda.” (Siri Fatwa 34/70)



Ibnu Hajar berkata:

Ertinya: “Harus berubat dengan kuku bangkai, tulang- tulangnya dan segala jenis najis – sama ada zatnya atau campurannya, melainkan arak, maka tiada harus berubat dengan zat (‘ain) arak, tetapi harus dengan campuran (bancuhannya).” (Al-Fatâwa Al-Kubrâ 1/28)

Ulama Mazhab Syafi‘e berpendapat bahawa haram hukumnya berubat jika hanya semata-mata dengan zat (‘ain) arak atau alkohol. Pengharaman ini berlaku selama ia tidak dicampur dengan bahan lain, di samping itu tidak pula ada ubat lain selain ubat yang bercampur alkohol itu.

Selain itu, pemakaiannya hendaklah berdasarkan ahli perubatan yang dipercayai dan penggunaannya pula hanya sekadar keperluan saja.

Dengan yang demikian, ubat yang bercampur alkohol atau gelatin yang ditanyakan, samalah kedudukannya berubat dengan najis kerana darurat jua.

rujuk: http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac01/h_menu3.htm

Mungkin sahabat-sahabt ada rujukan lain.. boleh kita kongsi