Wanita yang aku sayangi Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta,takut dan harapan

Yang menguasai perjalanan penghidupannya

Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari

Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…

Wanita yang aku rindui

Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Bukan dengan bicara yang mengoda..
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai

Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya

Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan

Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana

Kerana aku dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada

Yang bersabar pada apa yang tiada

Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku damba..
seorang wanita muslimah
Yang menjadikan isteri-isteri Rasulullah
Sebagai contoh teladan buat dirinya..

Walaupun dirinya tak sehebat Khadijah..

Jua tak seluhur hati Fatimah Az-Zahra

Apatah lagi empunya ilmu seperti Aisyah yang bijaksana...

Dan tidak sekudus Taqwa Rabiatul Adawiyah..

Mahupun seteguh hati Asiah dan sumayyah

Tidak jua secantik Zulaikha

Wanita yang aku sukai Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puterinya

Untuk menyambung perjuangan di belakang hari

Sesungguhnya

Wanita yang selalu berada di dalam doaku

Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawaku…
Jadilah kita..
WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu..


olive~luvuforever.