Biarlah dia seorang yang buta....
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat ...kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu......

Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan

Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran

Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran..

Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia..


Biarlah dia seorang yang papa...

Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah..

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.


olive~luvuforever.