"Sahabatku, keluarlah dari rumahmu sejenak dan pandanglah ke langit, lihatlah akan bintang-bintang yang bertebaran di angkasa, kemudian berfikirlah sejenak. Bagaimana bintang-bintang ini boleh terapung-apung di angkasa tanpa tiang dan sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya?. Siapa yang menahannya?. Bagaimana malam dan siang boleh berlaku?. Anda katakan disebabkan matahari terbenam maka berlakulah malam dan tebritnya matahari berlakunya siang. Persoalannya, Siapakah yang telah menetapkan proses ini berlaku?. Mustahil ianya berlaku dengan sendiri, maka pastilah bahawa Allah lah yang telah menetapkannya!. Sahabatku. Sesungguhnya terdapat banyak tanda akan kewujudan dan kebesaran Tuhan di alam semesta alam. Tidakkah anda rindu untuk bertemu dengan penciptaNya?. Selepas anda keluar melihat, maka bukalah surah Al-Imran, ayat 190 - 200. Bacalah dengan penuh penghayatan dan keyakinan. . . Dan yang paling terpenting!. JANGAN ANDA SESEKALI MATI DALAM KEADAAN KAFIR. AZAB ALLAH DI NERAKA ADALAH KEKAL ABADI!.